MusicTOurEars

Thursday 14 February 2013

Angin Disember...(Bab9)

Masa terus berlalu tanpa aku sedar dan juga diluar kesedaranku,kami semakin rapat dan mesra.Di waktu kelapangan,aku menghabiskan masaku dengan Hakimi.Semakin aku mengenalinya semakin aku tertarik dengannya dan semakin lama aku merenung wajahnye,semakin kuat hatiku berdebar.Ternyata sangkaanku mengenai die salah.Dia memang berbeza dengan lelaki lain yang aku kenal.Hakimi seorang yang ringkas dan sentiasa telus dengan katenye.Dia sentiasa mampu buat jantungku terhenti sejak pertama kali mengenalinya."Saya memang nak kenal dengan awak sebab saya tengok awak dengan videocam tu cume tak tau nak tegur camne.lepastu kite jumpe,tegur jela.."Katanya tempoh hari kepadaku ketika kami sedang berjalan bersama di gerai-gerai kecil.Ketika itu dia sedang memilih keychain dan dia memberi kepadaku keychain patung brwarna kuning.Dia juga membeli keychain patung yang serupa denganku warnanya oren dan memasang keychain itu di beg sandangnye.Aku menggantung keychain itu bersme rantai kunciku di leher dan memandangnya,"Terima kasih.." die membalas dengan senyuman dan kami terus berjalan.Selepas berjumpa aku pasti akan mencari rakan baikku untuk menceritakan ape yang berlaku seperti telah menjadi rutin harianku.

"Puan,sampai bile saya kena denda ni.?"soalku malas kepada Puan Latifah salah seorang pengajar yang menghadiri konvokesyen itu sebagai urusetia.Dia tersenyum sinis dan mencubit lenganku sebelum berkata"Awak tu Nadia dari sem1 nakal saja.Cuba kawal sikit diri kamu tu.Kalau ye pun nak dating janganla sampai kantoi." mukeku menyeriangai menahan kesakitan dicubit sambil menggosok perlahan.Aku terus melalui hari-hariku seperti biasa membantu rakanku di dapur.Ketika giliran aku membasuh pinggan aku mengintai untuk melihat jika Hakimi ada di dewan makan,"Hah,tu dia!"getus hatiku ketika terlihat die sedang beratur untuk mengambil makanan.Hakimi seakan sedar dirinye diperhatikan memandang terus kearahku dan tersenyum melihatku. Dia lalu mengeluarkan handphonnye dan menaip sesuatu kemudian memandang semula kearahku sambil memberi signal untuk melihat handphoneku.Aku menyeluk poketku untuk melihat handphoneku dan kelihatan mesej darinya,'Comelnya dak kecik pakai apron kuning =P'.aku tergelak membacanya dan mencebir kearahnya.Aku kembali melakukan kerjaku sambil tersenyum dan tibe-tibe Suraya bersuara"Haih,untungla kawan kite ni bahagia jumpe arjuna hati dekat sini.Jangan setakat dekat sini je ye macam kau selalu buat dulu,"sindirannya terkena tepat ke mukaku dan aku menjawab dengan simbahan air sabun menyebabkan dia menjerit kecil.Kami tertawa sambil meneruskan kerja kami.

Mungkin ye benar aku nakal di kolej dan susah untuk dikawal.Mungkin benar juga Nadia seorang perempuan yang susah untuk dilembutkan hatinye bagi mendapatkan kesetiaan dan kepercayaan darinya.Mungkin juga keadaannya begitu kerana kisah silamnya yang hanya rakan baiknya ketahui.Aku mengeluh apabila teringat kenangan lama yang telah aku letak jauh di sudut hati kerana tidak ingin berterusan memikirkannya."Hakimi,aku dah nekad untuk kenal kau lebih dan bukan untuk setakat 10 hari kite disini..kerana kau berjaya mencuit hatiku yang telah lama mati ini.." bisikku sendirian ditemani angin petang itu.Aku tersenyum dan bangun untuk kembali ke bilik dan berehat.Tinggal 2 hari lagi aku disini dan akan aku pastikan hari-hari itu aku penuhi dengan bermacam-macam kenangan sebelum kami mule bercuti.....(
Bersambung...)

Xoxo~

No comments:

Post a Comment