MusicTOurEars

Tuesday 26 February 2013

Angin Disember...(Bab10)

Keadaan masih sama walaupun tinggal due hari lagi aku di Perak.Aku masih lagi didenda dan masih juga berhubungan dengan Hakimi.Kami berjumpa jika ada peluang dan bermesej jika aku bekerja di dewan makan.Pada sebelah malam,Puan Rohani membenarkan kami semua pergi menonton persembahan di dataran. Hatiku mula tidak menentu,"Kau dah kenapa Nadia?"soal Najwa setelah melihat wajahku berkerut seribu.Aku memandangnya dan berkata"Aku plan nak jumpe Hakimi nanti..tapi kalau semua ada macamna aku nak jumpe die?"Suraya yang terdengar keluhanku ketika lalu disitu menyampuk"Kau jumpe la die senyap-senyap..ingat tukar baju pakai baju biase.."Aku mengangkat keningku dan mengangguk tanda setuju dengan cadangannya.

Malam itu kami beramai-ramai berjalan ke dataran sambil itu aku menaip mesej kepada Hakimi,'Awak,malam ni puan sume ada la..camne nak jumpe..?' dan sekejap mesej darinya masuk pula, 'kalau susah sangat,nanti saya ajak kawan-kawan saya datang lepak kat korang..takkan puan awak marah jugakkan,?' buntang mateku membaca lalu membalas ringkas mesej itu 'Merepek je awak..'.Aku menyimpan handphoneku di dalam kocek dan duduk dengan rakanku yang lain.Puan Rohani dan beberapa puan yang lain duduk di batu belakang kami sambil menonton persembahan bersama.Tibe-tibe Yazid datang dan memberiku glow-stick sambil berkata,"Nah,Hakimi bagi.."dan terus berlalu meninggalkan aku yang sedang terkejut.aku nampak Puan Rohani memandang ke arahku dan bercakap perlahan dengan puan yang lain."alamak aih..."detak hatiku sambil mateku meliar mencari Hakimi dan kelihatan die tidak jauh dari tempat aku duduk.Dia sedang memandang kearahku dan tersenyum dan yang mampu aku lakukan hanyalah membalas senyumannya.Kami terus menonton persembahan yang ada pada malam itu.

Handphoneku bergetar didalam kocek seluarku membuatkan aku terkejut.Aku melihat terdapat satu mesej dari Hakimi,'Sy nak dtang duk dengan awak ni..' aku mengangkat kepalaku mencarinya sambil membalas mesej,'Janganlah..nanti puan saya marah..' aku masih gagal mengesannya Hakimi dalam keadaan gelap itu.'Kita tengokla dulu camne..hee..'katanya dalam mesej seterusnya.Belum sempat aku membalas kelihatan dia dan beberapa rakan telah datang dan duduk disebelah kumpulan kami.Hakimi dengan muke selamba duduk di sebelahku seperti tiada apa yang berlaku.Jantung aku berdegup kencang dan kali ini bukan disebabkan dia tapi takut puan   memarahi aku.Aku langsung tak berani bergerak kerana khuatir dengan mata-mata yang sedang memerhatikanku.Suraya menyiku lenganku setelah melihat aku tidak memperdulikan Hakimi yang sedang duduk disebelahku.Aku paham dan memandang kearahnya,"Awak ni berani betul ye?" kataku kepadanya.Dia berkata dengan bersahaja,"Nak takut apa,bukan kita berdua je..Puan awak tak bagi kita jumpe berdua,saya datangla ramai-ramai.." kemudian dia tersenyum nakal membuatkan aku tergelak dan lupa rasa takut dalam hatiku.

Kami berbual tanpa menghiraukan orang sekeliling,aku turut kenalkan Suraya dan Najwa kepadanya.Kemudian aku pergi kedepan sedikit untuk merakam Abang Amri dan beberapa lagi rakan yang lain membuat persembahan api.Apabila aku pusing ingin kembali ke tempat asal,Hakimi dan rakannye sudah tiada lagi disitu.Walaupun sedikit kecewa,aku duduk juga dan terus menaip mesej menanyakan dimana dia.Dia membalas mesejku,'Sory awak,tibe2 kene panggil untuk rehearsal..nanti kite jumpe lagi ye..'.Aku memuncungkan bibirku tanda tidak puas hati tapi terima saja.Sekurang-kurangnya aku dapat jumpa dia dan paling seronoknya di hadapan puan kami sendiri.Aku semakin meminati karakternye yang penuh kejutan itu.Esok adalah hari terakhir kami di sini.Makin berat hatiku ingin menamatkan khidmat kerana adanya dia yang bernama Hakimi.Semakin kuat hatiku untuk mengenalinya dan cuba memenangi hatinya satu hari nanti.Aku tersenyum dan fikiranku terus melayang entah kemana....(
Bersambung..)

Xoxo~

No comments:

Post a Comment