MusicTOurEars

Tuesday 5 February 2013

Angin Disember...(Bab 2)

Petang itu aku sedang duduk dikatil memindahkan gambar-gambar dan video ke laptop ketika pintu bilikku diketuk."Masukla,pintu tak kunci pun."Jeritku ke arah pintu kerana malas ingin bangun dari katil.Sejurus itu pintu bilikku dibuka luas dan terpampang la muke due rakan baikku itu dengan senyum kambing mereka."Kau ni kalau buat kerja memang benda lain takleh buat kan?pintu pun malas nak bukak."kata Suraya sambil melangkah masuk bersama Najwa lalu duduk di sebelahku.Aku tidak mengalihkan pandanganku dari skrin laptopku dan menjawab selamba"Alahai,pintu tu bukan susah sangat nak buka kn?korang bukan tuan puteri pun nak kena jemput masuk bagai,"hati masih tidak puas dengan kata-kata mereka tengahari tadi terhadapku.Najwa yang seakan mengerti berkata"kau merajuk ke?hehe..kawan kite sorg ni manja la Aya..sikit merajuk..maafla," sambil menyiku Suraya untuk memujukku pula.Dia mengeluh,"Sory la weh..kami takda niat nak menyinggung tapi tu kenyataan kan..hehe..okaylah,sekarang cube cerita semula tentang arjuna engkau tu."katanye sambil menarik tanganku supaya berhenti melakukan kerja tersebut.

Aku yang sememangnya tidak reti marah lama tersenyum dan memulakan ceritaku dari saat pertama aku ternampak lelaki itu.''Aku tau aku memang suke cuci mata tapi tak pernah la lagi aku pergi menggedik kat lelaki.Dia sangat comel dan manis.Memang taste aku la kan...hehe..tapi aku tak tau ape pun tentang die.Hanya gambar menjadi teman..cewwahh!"aku tertawa mendengar sendiri ayatku.Najwa dan Suraya turut ketawa gembira.Salah satu kelebihan aku ialah membuat orang ketawa dan menyampah denganku.Setelah habis ketawa,Najwa bertanya kepadaku"So,sekarang kau nak pergi jumpa dia and nak cakap kau suke die ke??hehe.."Aku membulatkan mateku mendengar soalannya dan menggelengkan kepala,"Takkan la aku nak buat macamtu.Seganlaaahh...Biarlah,kalau ada jodoh aku dan dia mesti akan ada caraNya menemukan kami..Kalau takda,aku skodeng dari jauh jela.."Kataku sambil tersenyum.Kemudian aku menunjukkan gambar lelaki asing itu kepada mereka.Mereka juga sependapat denganku bahawa lelaki itu ada tarikan menarik dan manis orangnye...

Kami habiskan masa bersama petang itu dengan macam-macam cerita dan lawak jenaka.Dalam kami ketawa bersama,Suraya berkata"Kan best kalau Mai ada same dengan kite kat sini..mesti lagi meriah."Aku dan Najwa mengangguk tanda setuju.Maizatul adalah kawanku dan roomateku yang paling rapat dan kusayangi.
Dia tidak dapat menyertai bersama kerana abangnya bakal berkahwin.Kami turun untuk minum petang di dewan makan dan fikiranku sekali lagi melayang teringat kejadian siang tadi.Aku berharap aku akan berjumpa semula dengannya dan lebih dari itu akan terjadi......
(Bersambung)

Xoxo~

No comments:

Post a Comment