MusicTOurEars

Wednesday 6 February 2013

Angin Disember... (Bab 5)

Keesokan harinya kulalui seperti biase dan menjelang tengahari aku mulekan agenda aku untuk mencari Hakimi.Niat nakal aku menjadi kenyataan bila kelibatnya kelihatan di celah-celah pelajar lain.Mereka sedang membuat rehearsal terakhir dan Hakimi serta rakan-rakannya sedang memegang bunge mangga dalam pakaian baju melayu.Aku mengambil gambarnye secara senyap dan pura-pura merakam keadaan dalam dewan ketika itu.Aku terus memerhatikan die di skrin videocam,die juga sedang leka mengambil gambar menggunakan kameranya.Ariff memanggilku dan menyuruh aku mengambil gambar mereka.Aku mengambil beberapa keping gambar mereka dan ahli jawatankuasa yang lain untuk mengelakkan dituduh mengambil kesempatan memandangkan aku satu-satunya pelajar perempuan yang berjalan ke sana ke mari mengambil gambar.Sedang leka mengambil gambar aku ternampak Hakimi keluar bersama beberapa rakan perempuannya lantas aku mengekori mereka dan keluar melalui pintu lain supaya aku boleh terserempak dengan mereka.

Sedang aku jalan keluar,dia menyapa,"Nadia,dah nak balik ke?selalu sorang ye..jumpe lagi..."lalu die senyum.Belum sempat aku memanjangkan perbualan die telah berpaling untuk mengambil gambar rakan perempuannya tadi.Walaupun aku belum berkesempatan untuk berbual lebih tapi aku berpuas hati kerana die menegurku.Aku berlalu dengan senyuman untuk kembali ke bilik dan berehat.Di sebelah petang dan malam aku menghabiskan masa membantu rakan-rakanku di dewan makan dan di kedue-due mase ini aku dapat melihat Hakimi dari jauh.Care die bercakap,senyum,makan,dan ye aku merasakan diriku seperti seorang penghendap tetap kepada Hakimi lelaki yang telah buat duduk aku tak kena sejak terlihatkannya.Suraya dan Najwa turut mengikut arah mataku memandang dan same-same memerhatikannye."Sweetnye arjuna kau nadia,kawan-kawan die pun hot jugak mcma budak sukan je"bisik Najwa ke telingaku.
Hariku mule berlalu dipenuhi tentang Hakimi tak kire siang atau malam aku hanya ingin mengenalinya tapi sifat seganku mengatasi segalanya bila berkaitan tentang die.Beberapa kali aku cube untuk menegur namun lidahku kelu dan beberapa aku ingin memandagng tepat kematanya dan pastinya aku akan mengalih pandangan setiap kali mata kami bertembung.

Aku suke segalanya tentang die walaupun dia asing bagiku dan walaupun aku hanya tahu namanya sahaja.Aku mengharapkan pertemuan yang lebih lame supaya kami boleh berkawan dan aku boleh mengenalinya dengan lebih dekat dan harapanku terjawab apabila petang keesokannya ketika pelajar lain sedang rancak melakukan senaman aerobik.Aku seperti biasa merakam aktiviti yang berlaku dan mengambil lagi gambar Hakimi yang berada bertentangan denganku.Aku seperti merasakan die mengambil gambarku secara sembunyi,"Aku ni perasan je lebih,mamat tu entah nampak aku entah tak,"aku merungut sendirian dan terkejut apabila aku sedari die sudah berdiri disebelahku.Dia sering membuatkan jantungku seperti mahu terhenti akibat terkejut.Aku segera kawal diri dan senyum kepadanya."Banyak gambar dapat petang ni??"soalnya selamba dan  kerana faktor ketinggian,aku terpaksa mendongak untuk melihatnya.Aku menjawab ringkas,"adalah sikit.."kemudian die tertawa kecil dan mengecilkan matenye sambil memandangku,"Awak ni memang tak banyak cakap kn?dengan videocam je.." Aku merasa pelik dengan kata-katanya namun aku hanya senyum sahaja.Memang sifatku tidak begitu pandai bermesra dengan orang lain ketika awal perkenalan kerana aku merasa janggal.Namun  perasaan janggal itu diganti dengan keseronokan apabila dia bersuara semula,"Ada Facebook x?nak boleh?".Aku ingin menjerit namun aku berusaha mengawal diri dan memasukkan nickname aku dalam handphonenye.Keadaan menjadi bising sebentar apabila Ariff dan yang lain ternampak kejadian itu.Hakimi telah menghilangkan diri dan aku segera berlalu dari situ kerana malu.Petang itu adalah satu lagi kemajuan yang mendadak dalam mengenali lelaki bernama Hakimi....
(Bersambung..)

Xoxo~

No comments:

Post a Comment