MusicTOurEars

Tuesday 5 February 2013

Angin Disember...(Bab 1)

"Waaahhhh....dah sampai la kita...."kate Najwa setelah 5jam berada di dalam bas.Kini kami telah tibe ke destinasi kami.Kami tibe di Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah untuk memberi khidmat di bhagian dapur bagi mnyediakan makanan untuk urusetia sepanjang majlis konvokesyen berlangsung sehingga 10 Disember 2011.
Rakan-rakan yang lain mule mengangkat barang dari bas ke bilik yang telah disediakan.Najwa,aku dan Suraya berjalan beriringan sambil melihat keadaan sekeliling."Orang lain dah cuti semester,kite kne jadi org dapur plak kat sini.seminggu plak tu!"Ngomelan Najwa berterusan dan mngundang senyuman kebibir kami..Oh,lupe aku nak kenalkan diriku.Nama aku Nadia.Cameragirl,videogirl,Miss DJ,Miss MC adalah gelaran yang aku sering dapat kerana itu memang akan jadi makanan aku apabila diberikan tugas.

Di bulan Disember yang agak panas aku telah mengambil peluang untuk menyertai tugasan ini di Perak.Aku bukan ada buat apa-apa ketika bercuti.Kolej ini besar dan cantik.Binaannye yang menarik dan mesra alam.Ketika inilah kami mule berangan kami belajar di kolej ini.Setelah selesai menyimpan barang dan berehat,kami berkumpul semula di dewan makan kolej untuk memulakan tugasan awal kami iaitu mengemas dan menyusun atur.Dewan itu belum digunakan lagi kerana kolej tersebut baru lagi dibuka jadi kami adlah orang pertama yang merasmikan dapur dewan makan kolej yang cantik itu.Sambil aku membantu mengangkat meja dan kerusi, sempat juga aku mengambil beberapa keping gambar untuk hari pertama.Kami dibawa jalan disekeliling kolej selepas selesai tugasan awal.Pelajar dari kolej yang lain belum tiba lagi jadi keadaan agak lengang didalam kolej.Aku mengharapkan pengalaman yang menarik sepanjang mase disini kerana kami juga akan menamatkan pelajaran kami tahun depan.

Penyelia kami Puan Norazila telah memberikan jadual untuk menentukan mase dan tugasan kami.Namun begitu name aku tidak tersenarai dalm jadual tersebut lalu aku bertanye kepada beliau"Puan,name saya tak ade pun dalam ni.Saya jadi anak keladi ke?"soalku nakal.Aku memang terkenal dengan kenakalan dan kesukaran aku untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekiling.
Puan Norazila tersenyum dan menjawab"Awak macam biase amik gambar dan rakam ape yang perlu.Jangan lupe catatkan dalam buku untuk dijadikan rujukan bila kite pulang ke kolej naik cuti semester.Kalau tak sibuk bolehla kamu bantu kawan-kawan awak."
Setelah penyelia kami menerangkan serba ringkas aku perasan ada juga yang tidak berpuas hati dengan tugasanku tapi percayalah kerja itu tidak la semudah mereka sangka.

Kami mulekan tugasan kami seperti yang diberitahu dan tiada ape yang menarik berlaku sehinggalah tiba hari ke-3 di bulan Disember itu.Hari yang tidak kuduga akan merubah segalanya dalam hidupku.
Langkahnye,tingkahlakunye mencuit ati aku untuk terus menatapnya di skrin videocam yang aku pegang.
"pusinglah,
pusinglah.."hatiku meronta menanti milik empunya badan itu berpusing dan apabila ianya terjadi mase seakan terhenti begitu juga nafasku.Aku terus memerhatikannya dalam skrin..matanya yang penuh keceriaan,senyumannya yang manis membuat bibirku tersenyum sekali.Aku mengalihkan mataku dari skrin dan melihatnya dihadapanku sedang beratur mengambil sarapan bersama rakannya.Jantungku berdegup laju sperti mahu melompat keluar.Aku Berlari ke dapur mendapatkan Najwa dan Suraya yang sedang leka membasuh pinggan.

Kusapa mereka dengan tepukan yang kuat dibahu mereka menyebabkan Suraya terlepas pinggan yang sedang dbasuhnya lalu berpaling ke arahku dengan muke marah dan berkata"Kau ni kalau takda kerja tolong la kami basuh pinggan yang melambak ni.sergah orang kenapa?"Bentaknya memarahi aku."Aku jumpe arjuna hati kat luar tadi.Anak ikan hensem gile......"kateku dengan semangat sekali.Suraya dan Najwa memandang antare satu sama lain lalu menggelengkan kepala dan kemudian meneruskan kerja mereka.
Aku yang tidak berpuas hati dengan reaksi mereka bertanye
"Weh,korang dengar ke tak aku cite ape ni?"Najwa memandangku sinis,"dengarla..tapi kitorang bukan tak kenal kau tu.budak-budak lain yang tak rapat dengan kau pun tau kau selalu je bertukar arjuna hati."katenye membuatka keningku berkerut dan berbisik sendirian,
"Dorang yang datang dan pergi dalam hidup aku..bukan aku..". Sambil menarik muncung tanda protes aku meninggalkan mereka dan keluar untuk ke dewan.Aku membuka semula videocam dan melihat gambar yang sempat aku tangkap ketika aku merakam.
Gambar lelaki itu...aku zoom in gambarnye dan menatap tanpa berkedip.Ingin sekali aku mengenalinya..Aku menghelakan nafas panjang dan mule merancang idea nakal dalam otakku sambil berjalan.......
(bersambung.)

~Xoxo

No comments:

Post a Comment