MusicTOurEars

Wednesday 6 February 2013

Angin Disember....(Bab 4)

"OH MY GOSH....!!!!!"jeritanku menyebabkan Suraya dan Najwa turut menjerit bersamaku.Aku melepaskan badanku di katil Najwa sambil memeluk patung beruang miliknya dengan erat.Suraya menjegilkan matenye kepadaku dan mengurut dadanya,"Kau kenapa suka bagi heart attack dekat orang ha?nak tengok kitorang mati depan kau ke?"bentak Najwa kepadaku.Aku menukar posisiku ke duduk bersila dan menghadap dua rakan baik aku itu.Dengan senyuman yang lebar dari tadi aku menarik nafas panjang dan lepaskan helaan nafas panjang sebelum memulakan perbualan dengan tenang"Tadi mase makan malam,arjuna hati aku makan satu meja dengan aku dan yang paling awesomenye die duduk sebelah aku" dan reaksi mereka membuatkan senyum aku lebih lebar.Mulut Suraya dan Najwa terbuka luas seperti otot muke mereka kehilangan fungsi dan tibe-tibe mereka menjerit dan melompat di depan aku."Weh!tadi marah aku menjerit,skarang korang pulak menjerit kenapa?relax la..."kataku cuba menenangkan keadaan.

Bilik menjadi sepi semula setelah mereka berhenti menjerit dan melompat,"So......what happen???cerite la cepat!ini satu kemajuan yang tidak dijangka...."kate Suraya dengan semangat menanti aku menyambung ceritaku.Aku tergelak dan berkata,"Aku kenal la sudah beberapa kawan-kawan die termasuk warden die.Ada Ariff,Shah,Yazid,Nazim,Abang Zamri sebab die tue sikit dari kita,Zakwan dan mamat tu name die Hakimi.and guess what??"Aku buat muke suspen dan Najwa menampar lenganku menyuruh aku menghabiskan ceriteku,"Ariff bagitau mase kenalkan Hakimi tu yang die minat fotografi macam aku dan single,siap suruh aku kenal dengan mamat tu lagi!"selesai saja ayatku,kami bertige menjerit kecil sambil melompat diatas katil sehinggalah jiran sebelah menyuruh kami senyap kerana sudah lewat malam.Kami menutup mulut kami dan masih lagi ketawa perlahan.Suraya memeluk lenganku dan berkata,"Wow,Nadia ini adalah satu kemajuan dan peluang keemasan sedang terbentang luas dihadapan kau!Kan kau kate kalau ada jodoh akan ade jalannya?sekarang dah ade,ape lagi?ngap la.."Suraya berseloroh menyebabkan sekali lagi ketawa dengan gelagatnye.Kawan-kawanku sangat ceria sama sepertiku juga.Aku tersenyum nipis,"Memang aku ada cakap,tapi mase kitorang duduk same tu die tak banyak cakap.Aku akan terus perhatikan die dari jauh saja dulu untuk tau die macam mane orangnye.Kalau ada,mesti aku akan ada lagi peluang macamni." Mereka mengangguk tanda faham dan setuju dengan ape yang aku katekan.

Aku kemudian kembali ke bilikku setelah menyedari jam sudah menunjukkan pukul2 pagi.Esok kena bangun pukul5 pagi untuk persediaan sarapan dan memulakan aktiviti rakamanku.Aku melelapkan mataku dengan senyuman di bibir ku yang ternyata masih tidak lekang dari tadi.Hakimi,nama itu terdetik die fikiranku.Dengan hanya memikirkan namanya saja membuatku tenang dan gembira.Teringat senyumannnya yang ditujukan kepadaku ketika kami bersua muka di dewan makan tadi.Tenang jiweku dengan senyumannya.Aku terus menutup mukeku dengan bantal dan cuba untuk tidur dan berhenti memikirkan tentang dia.Dia yang telah membuat perasaan yang telah lama terkubur seperti berputik semula."Hakimi,will we meet again..?"soalanku tinggal soalan bila aku sudah lena dibuai mimpi.....
(bersambung)

Xoxo~

No comments:

Post a Comment