MusicTOurEars

Friday 8 February 2013

Angin Disember...(Bab 6)

Aku sedang leka mendengar lagu di MP4 ketika Suraya dan Najwa duduk disebelahku.Kami melunjurkan kaki di batu dan menghadap padang sambil makan aiskrim Malaysia yang kami buat sendiri di dapur malam tadi.Ingatanku melayang kejadian petang tadi dan tersenyum sendirian,"Kau dah kenapa senyum sorang-sorang?Ni mesti ada ape-ape ni...cepat cite!"Suara Najwa mengejutkan aku dari khayalanku."Petang tadi aku pegi hendap Hakimi tuh..diorang ada senamrobik kat belakang dewan tadi.Something unexpected happened.."Kateku perlahan sambil menyengih dan meneruskan kata-kataku,"Hakimi datang kat aku lepas die nampak aku,kami berbual lepas itu die mintak Facebook aku."Mate mereka bulat tanda terkejut dan tertawa sambil mengucapkan tahniah kepadaku."Awal lagi nak ucap tahniahnye pun..Kite tengok la die add ke tak nanti.Tapi aku rase semuanya berjalan dengan lancar!kalau die tau aku selalu hendap die mesti die lari 100km/jam kn??"kateku dengan nada ceria kerana ternyata aku memang gembira dengan ape yang terjadi malahan sudah lame aku tidak merasakan kegembiraan seperti ini.Suraya memandangku dan tersenyum,"Kau nampak happy sangat.Ni baru mintak Facebook,belum lagi mintak nombor.aku rase kau menyengih saja macam Anita Sarawak tu"Aku tertawa besar mendengar gurauan Suraya.

Kami kembali ke bilik untuk mandi dan berehat.Selepas mandi aku membuka laptop dan melihat jika ada friend request dari die.Aku mengeluh kecewa kerana belum ada lagi friend request dari Hakimi.Tibe-tibe aku teringat sebelum die menghilangkan diri,die sempat memberitahuku sesuatu,"Nanti saya add la ye tapi maybe bukan sekarang,sebab saya tak ada laptop." setelah teringatkan kata-katanya aku terus menepuk dahiku,"Apela ke bodonye kau ni!kenapa kau tak mintak Facebook die sekali boleh la kau add."Aku menekup mukeku dengan bantal dan menjerit kecil kegeraman."HOI!kau ni aku tengok dah macam cacing kepanasan asik resah saja lah,kenapa?"Punggungku ditampar kuat membuatkan aku melompat lantas berpusing.Najwa sedang bercekak pinggang di tepi katilku dan bersamanya adalah Suraya sedang berkerut dahi memandangku.Aku menarik muncung dan mule menceritakan ape yang terjadi,"Alahai kau ni,macam dah hujung dunia pulak kan..sekarang kan kau dengan die dah bercakap,nanti kau terjumpe die kau mintak la ape susah?"tempelak Suraya selepas mendengar ceritaku.Ada benarnya kata dia.Aku tersenyum semula dan tekad akan meminta Facebook Hakimi jika terserempak.

Malam itu selepas selesai mengemas dapur kami pergi melihat persembahan di dataran berhadapan dewan besar.Meriah keadaan sekeliling dengan pelajar lain serta pertandingan karaoke yang diadakan.Sepanjang kami berada di dataran,bayang Hakimi dan rakan-rakannya tidak kelihatan menimbulkan tanda tanye di hatiku
dimana mereka.Ketika dalam perjalanan balik ke bilik,aku ternampak Hakimi sedang duduk di kerusi berdepan bilik kebudayaan sedang memasang bunga mangga yang baru.Suraya menyiku badanku memberi isyarat untuk pergi bercakap dengannya.Aku melepaskan helaan panjang dan berhati-hati mendekatkan diri lalu menegurnye,"Hai Hakimi.."Dia mengangkat muke dan tersenyum melihatku,"Oh,Nadia?nak tolong buat tak?leceh betul puan kitorang tuh suruh buat yang baru,"katanya mesra.
Aku hanya berdiri didepannya dan lambat-lambat aku menjawab"Erm,,saya tak retila nak buat..saya tegur ni pun sebenarnya nak minta Facebook awk.Biar saya yang add awak la memandangkan awak takde laptop"Dia memandang wajahku tepat tanpa berkata ape-ape."Ok,sekarang die akan fikir aku perempuan yang gelojoh"kate hatiku.Memang benar aku sukar mengawal sifat agresifku tapi itu la juga sifat kegemaranku.Dia kemudian senyum dan memberikan nicknamenye kepadaku."Itu nama penuh saya Ahmad Hakimi bin Azlan"bingo!satu lagi perkara baru aku tahu tentang die.Belum sempat aku ingin meneruskan perbualan,Yazid tibe-tibe muncul dan mengambil gambar kami dan kelihatan Ariff menjenguk dari dalam bilik kebudayaan itu bersama Shah menyebabkan aku terpakse berlari anak balik ke bilikku kerana segan.Aku terdengar sayup suara rakannya kecoh."Mesti die kena bahan dengan sume orang yang nampak tadi"aku bermonolog sendirian dan tersenyum apabila terbayang keadaan itu terjadi.Aku mencari namanya dalam Facebook sebaik tibe di bilik dan menghantar friend request kepadanya."Haih,Hakimi..cepat-cepatla approve ye.."Aku tutup laptopku dengan harapan dan bersedia untuk tidur.Rancanganku berjalan dengan lancar dan kelihatan Hakimi itu sama saja seperti lelaki yang kukenal sebelum ini.Jadi tidak menjadi masalah untukku merancang langkah seterusnye untuk cerita yang lebih menarik....
(Bersambung...)

Xoxo~

No comments:

Post a Comment