MusicTOurEars

Wednesday 6 February 2013

Angin Disember...(Bab 3)

Kakiku melangkah perlahan-lahan di padang berhampiran dewan besar kolej itu tempat akan berlangsungnye majlis konvokesyen tersebut.Aku leka merakam aktiviti pelajar lain sedang membuat persiapan bagi rehearsal awal sehingga tidak menyedari ada 4pasang mata sedang memerhatikanku."Oit,budak video!"Tibe-tibe ada suara yang menjerit memanggilku.Aku menoleh kearah suare itu dan terpandang kepada due orang pelajar lelaki yang menggamit aku untuk datang lebih dekat.Aku berhenti merakam dan pergi mendekatkan diriku,"Eh,ini budak-budak yang makan dengan mamat semalam."bisik hatiku sendirian.Sambil mengangkat kening,mereka bertanye"Kenapa selalu sorang eh?seronok ke rakam-rakam ni?".Aku hanya tersenyum nipis,"Dah biase buat kerja macamni.Seronok la jugak dapat tengok orang ramai."kujawab dengan tenang.Mereka kemudian mengenalkan diri mereka sebagai Shah dan Ariff.Kami berborak seketika dan ketika itulah aku dapat tahu mereka dari kolej di Sg.Buloh.Setelah abis berbual untu seketika,aku meminta diri untuk meneruskan kerjaku.

Hari ini,aku langsung tak terserempak dengannye.Rancangan aku  berjalan serata kolej dan buat seperti terserempak dengannye gagal untuk petang itu.Malam pun menjelang dan aku sedang duduk d meja makan panjang di dewan makan untuk makan malam.Aku sangat kelaparan kerana tak sempat makan tengahari dan petang tadi.Baru aku nak mule makan datang sekumpulan pelajar lelaki duduk di meja dimana aku berada dengan membawa pinggan masing-masing berisi makanan.Mata disekeliling mule memandang kearahku."Dalam banyak-banyak meja kenapa kena duduk sini pulak diorang ni?"getus hatiku tanpa mengangkat muka."Eh,Nadia la...kisah tak kitorang duduk kat sini?"aku menegakkan kepalaku dan terus ternampak Ariff dan Shah tersenyum ke arahku.Aku hanya menjawab soalan mereka dengan gelengan kepala sahaja. Mataku memerhatikan seorang demi seorang yang duduk di meja bersamaku dan akhirnye mataku berlabuh kepada seseorang yang terakhir disebelahku."Mamat ni!"Aku menjerit dalam diam kerana terkejut kerana dirinya berada disebelahku sekarang.Apabila die perasan aku memandang kearahnya die berpaling kearahku dan tersenyum.

Aku seperti melayang seketika dan jantungku sekali lagi berdebar dengan lajunye.Aku hanya mampu membalas senyumannya dengan nasi yang masih penuh dlam mulutku.Ariff kemudian mengenalkan setiap seorang dari mereka termasuk warden mereka Sir Chang yang duduk bersama."Haa..yang tu Hakimi,die pun minat fotografi macam awak,single lagi kenal-kenal la."Usikan Ariff mengundang rase segan kepadaku dan aku hanya tersenyum kambing mendegar kata-katanya.Dia yang bernama Hakimi tu akhirnye bersuara,"Dah la tu,jangan diusik budak ni lagi.malu dah die,"dan memandangku. Mereka menyoal dan mengusikku dengan nakal sekali.Aku yang masih dalam keadaan terkejut dan segan hanya menjawab soalan mereka sambil makan.Setelah selesai makan,aku bangun dan senyum kepada mereka.Aku tidak sabar ingin menceritakan kepada Suraya dan Najwa tentang kejadian tadi.Secara tidak langsung aku tidak mengambil kisah mata yang memandang ketika aku makan bersama mereka.Apa yang kurasakan adalah kegembiraan dengan pertemuan itu......
(Bersambung)

Xoxo~

No comments:

Post a Comment