MusicTOurEars

Tuesday 12 February 2013

Angin Disember....(Bab8)

"Alamak,pengarah dengan Puan Rohani lah!"aku menjerit kecil sambil berhenti di tepi sebuah gerai.Hakimi ikut berhenti dan berkerut dahinya memandangku.Pengarah ternampak aku dan menegur,"Haa..si Nadia ni merayau sahaja...sibuk betul ye.." Katanya sambil menepuk bahuku dan berlalu namun hatiku tidak lega kerana Puan Rohani memberi pandangan yang kurang menyenangkan kepadaku.Aku bergegas berlalu dari situ sambil menggaru kepalaku,"Habis lah......."kataku sendirian.Hakimi yang dari tadi mengekoriku mule bertanye,"Puan awak ke tadi tu?Kenapa awak macam nampak hantu ni..??"Gurauannye gagal menenangkan hatiku.Aku tahu ape yang bakal berlaku selepas ini dan seperti jangkaanku,handphone aku berbunyi dan name Najwa tertera di skrin.Aku segera mengangkat,"Nadia,kau dekat mane?cepat balik tadi Puan Norazila call aku cari kau."katenya dengan nada risau.Aku mematikan panggilan dan segera berpaling kearah Hakimi,"Maaf awak,tadi tu memang pengarah saya dengan ketue warden kami,die tu pelik sikit..saya kena balik sekarang,nanti kite jumpe lagi.."Lalu aku terus berlari anak supaya segera sampai ke bilikku.Hakimi datang mengejarku,"Awak,saya nak nombor phone awak boleh tak?"sambil menghulurkan handphonenye.Aku tidak sempat berfikir ketika itu lalu memberinye nomborku dan melambai kearahnya sebelum kembali berlari.

Setibanya di bilik,aku berjalan depan belakang sebelum akhirnye menghempaskan badanku di katil.Aku mule terfikir ape akan jadi besok dan yang semestinya cerita ini akan kecoh kepada semua orang.Aku yang sudah due tahun di kolej itu amat mengerti sifat ketua warden kami yang suke membesarkan hal-hal kecil."Apelah yang malang sangat nasib aku terserempak dengan die ni.Cuak betul!"aku meraup wajahku dan cube untuk tidur.Walaupun perjumpaan aku dan Hakimi tidak seperti yang diharapkan,tapi aku berpuas hati kerana die telah mengambil nomborku.Itu adalah satu petanda baik dan menunjukkan die ingin berkawan lebih rapat denganku.Pengalaman hidupku yang mempunyai ramai kawan lelaki sedikit sebanyak mengajarku care mengenali mereka dengan melihat pada tingkahlaku mereka."Tapi Hakimi ni macam lain je.." kataku perlahan lantas fikiranku terus melayang pada perjumpaan tadi.

Tibe-tibe handphoneku berbunyi dan kelihatan satu mesej dari nombor yang tidak dikenali tertera di skrin.Aku membuka dan membaca,'Assalamualaikum Nadia,Hakimi ni..watpe?dah tido?' senyum tidak lekang dibibirku.Aku membalas mesejnya dan kami saling berbalas mesej sehingga aku tertidur.Keesokannya,aku mencari Suraya dan Najwa untuk menceritakan ape yang terjadi tapi dihalang olen Puan Norazila dalm perjalanan ke dewan makan,"Nadia,saya nak bercakap dengan awak,"katenye dengan muke yang serius.Aku seperti sudah boleh mengagak perkara ape yang ingin diperkatakan olehnya.Aku menghadapnye dengan pasrah dan bersedia untuk menadah telinga,"Saya ingatkan awak tak akan buat perangai dekat sini.Saya bagi awak tugas tu sebab awak mahir dalam perkara ini tapi lain pula yang jadi.Kenapa awak ni nakal sangat?Saya tak nak memanjangkan cerita dan malas nak menjawab soalan Puan Rohani awak tu.Beri saya videocam tu dan mulai hari ini awak kerja dekat dewan makan saja.Gambar saya akan suruh Encik Shahril ambil menggantikan awak."Keputusan yang dibuat oleh Puan Norazila membuat aku terdiam dan hanya mampu mengangguk dan menyerahkan videocam kepadanya.Aku melangkah perlahan ke dewan makan dan aku dapat melihat mate-mate yang memandang.Namun aku masih boleh bertenang kerana aku sudah menjangka ini akan terjadi.

Aku menjaga kupon di tempat orang beratur untuk mengambil makanan."Eh,tak ambil gambar dah?Mana videocam?Harini cuti merakam ke?"Soalan demi soalan yang ditanyekan oleh pelajar dan urusetie yang sedang beratur kepadaku.Ada yang aku jawab dan ada juga yang aku biarkan saja sambil tersenyum kerana malas ingin menjawab soalan yang same.Baru aku sedar ketika itu banyak mate yang memerhatikan aktiviti harianku sepanjang di sini.Kemudian Hakimi dan rakan-rakannye datang dan beratur untuk mengambil makanan.Mereka memandang pelik kepadaku dan aku hanya mampu memandang sambil tersenyum nipis.Handphone aku berbunyi dan ada mesej dari Hakimi,'Kenapa awak jage kupon pulak harini?' soalnye kepadaku dan aku membalas dengan menceritakan ape yang terjadi kemudian sekali lagi mesej darinya tibe,'Maaflah,sebab saya awak kena denda.Kalau boleh nanti lepas awak bertugas kite jumpe dekat khemah DJ abang Zamri ok?'.
Aku mencarinye dalam keramaian itu dan ternampak die sedang memandangku.Aku senyum dan mengangguk sebagai tanda bersetuju untuk berjumpa dengannya selepas tugas nanti.Hati yang masih sebal dari tadi sedikit tenang setelah dapat mesej darinya dan melihat senyumannya.Apa yang dah terjadi denganku?Takkan lah dah jatuh cinta...?? (
Bersambung)

Xoxo~

No comments:

Post a Comment